Semasa

AirAsia Group sedia kembali terbang dengan barisan kakitangan lengkap vaksin

KUALA LUMPUR : AirAsia Group kini bersedia untuk kembali terbang dengan dibarisi kakitangan barisan hadapan yang telah divaksin sepenuhnya.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes, ia turut disertakan langkah-langkah keselamatan tanpa sentuhan dan kebersihan yang tertinggi menjelang pembukaan perjalanan udara yang dijangka diumumkan dalam waktu terdekat.

 

“Kami bersedia untuk kembali terbang dan sebagai sebahagian daripad alangkah keselamatan yang ketat, kami mewajibkan semua kakitangan operasi dan barisan hadapan seperti juruterbang, kru kabin dan kabin dan kakitangan lapangan terbang divaksin sepenuhnya sebelum kembali bertugas,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau menambah dengan protocol kesihata dan kebersihan yang ketat serta perosedur operasi standard yang mantap, keseluruhan perjalanan para penumpang akan lebih terjamin apabila mereka kembali terbang bersama AirAsia nanti.

 

“Lebih daripada 50 negara di seluruh dunia telah mula membuka pintu keapda para pelancong yang telah divaksin. Selaras usaha mempercepatkan proses vaksinasi di ASEAN, kita berharap negara-negara ini akan melonggarkan sekatan perjalanan terhadap para pelancong yang telah divaksinasi untuk perjalanan domestic dan antarabangsa serta meneruskan rancangan gelembung perjalanan.

 

“Dengan proses vaksinasi yang agresif di semua pasaran utama, berserta ujian saringan yang semakin dpertingkat dan penyebaran maklumat yang lbih tepat, kemelut pandemik ini semakin jelas menuju penghujungya dan saya yakin kita akan dapat kembali terbang dalam beberapa minggu lagi. Apa yang paling penting, kami telah bersiap sedia sepenuhnya untuk berlepas,” katanya.

 

Menurut kenyataan itu, keselamatan kakitangan dan tetamu adalah keutamaan AirAsia Group, menjadikannya salah sebuah syarikat penerbangan pertama di dunia yang menerima pengiktirafan tertinggi 7/7 daripada pakar penerbangan di Airlineratings.com berikutan langkah-langkah keselematan Covid-19 yang dilaksanakannya sejak pandemik bermula.

 

Bagi meminimumkan setuhan fizikal dan mengurangkan tempoh prosedur di lapangan terbang para tetamu AirAsia digalakkan untuk mendaftar masuk kendiri secara dalam talian melalui platform airasia super app dan menggunakan kemudahan daftar masuk bagasi automatik untuk mengelakkan bayaran perkhidmatan di kaunter.

 

AirAsia turut menyediakan pelbagai pilihan pembayaran secara digital dan menerima pas masuk elektronik di semua lapangan terbang.

 

Kemudahan daftar masuk kendiri baharu membolehkan para tetamu mengesahkan dokumen perubatan dan kesihatan yang diperlukans ecara automatik dalam talian sebelum mereka menuju ke lapangan terbang.

 

AirAsia juga dalam proses untuk melancarkan teknologi pengecaman wajah biometric di lapangan terbang utama, bermula dengan KLIA 2 dalam masa terdekat.

 

AirAsia turut mengintegrasikan sistem daftar masuk melalui AirAsia Super App dengan aplikasi kesihatan digital MySejahtera oleh kerajaan Malaysia untuk menjadikan prosedur daftar masuk kendiri lebih mudah dan lancar.

 

“Di sebalik semua ketidakpastian berikutan Covid-19, saya yakin akan kembali terbang dengan model perniagaan lebih luas dan berdaya maju yang tidak hanya bergantung kepada tambang penerbangan sahaja kerana transformasi digital kami untuk menjadi super app pilihan ASEAN semakin menjadi kenyataan, tambahnya.

 

-BERNAMA

 

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button