Covid19EkonomiInspirasiKemanusiaanSemasa

Polis Sepang hulur bantuan makanan

Tindakan mulia itu mendapat pujian orang ramai

SEPANG: Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menghulurkan bantuan kepada 14 pekerja kilang yang terputus bekalan, di Taman Bunga Raya, di sini, semalam.

Polis Sepang menerusi laman Facebook rasminya, berkata pihak polis terdahulu menerima panggilan telefon daripada seorang perempuan pada jam 8.10 malam, memaklumkan bahawa adiknya yang bekerja di kilang di Bandar Baru Salak Tinggi, telah kehabisan makanan.

Katanya, turut tinggal bersama adik pengadu ialah seramai 13 rakannya yang terdiri dari pekerja kilang sama dan telah dikuarantin di dalam rumah itu.

“Bertindak atas maklumat tersebut, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan supaya bantuan makanan segera dihantar ke rumah terbabit.

“Pada jam 9.15 malam, anggota unit MPV IPD Sepang telah tiba ke lokasi dan menyerahkan 16 bungkus nasi berlauk kepada penghuni rumah, katanya.

Sementara itu, tindakan mulia tersebut telah menerima pujian ramai terutama dalam kalangan pengguna laman sosial.

Oleh Azzman Jamal

Related Articles

Back to top button