KemanusiaanPalestinSemasa

Ahli Parlimen Jordan desak Duta Israel diusir

AMMAN –  18 Mei : Ahli-ahli Parlimen Jordan sebulat suara mengemukakan usul mendesak kerajaan mengusir keluar Duta Israel dari negara itu sebagai protes terhadap serangan tentera Israel ke atas penduduk Palestin.

Speaker Parlimen, Abdul Monem Odat mengumumkan tindakan itu menerusi televisyen selepas sesi Parlimen menumpukan kepada situasi di Palestin dan jenayah yang dilakukan rejim Zionis di Baitumaqdis dan Gaza.

Pengusiran Duta Israel itu adalah antara usul yang dicadangkan, kata Odat.

Menurut AFP, ahli-ahli Parlimen juga menuntut supaya Duta Jordan ke Israel dipanggil pulang dari Tel Aviv.

Perdana Menteri, Bishr Khasawneh yang berada di dalam Parlimen berkata, kerajaan akan mempertimbangkan semua pilihan yang ada berhubung isu Palestin.

Sebelum ini, Jordan mempunyai perjanjian damai dengan Israel yang ditandatangani pada tahun 1994.

Para penunjuk perasaan yang menyertai tunjuk-tunjuk perasaan serangan tentera Israel ke atas Gaza itu juga menuntut supaya Duta Israel diusir dari negara itu.

Kira-kira separuh daripada 10 juta penduduk Jordan mempunyai darah keturunan dari Palestin termasuk 2.2 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – Agensi

________

Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin.
Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin.
Boleh terus salurkan ke
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button