Semasa

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa.

Turut sama menzahirkan ucapan adalah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menurut catatan Facebook Istana Negara hari ini.

Terima kasih Ayah“, tulis poster yang turut menampilkan gambar Seri Paduka Baginda berdua serta keluarga dalam hantaran itu.

Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga.

Terima Kasih Ayah diangkat sebagai tema pada sambutan yang jatuh pada 18 Jun tahun ini bagi menghargai peranan ayah sebagai ketua keluarga yang menjadi suri teladan kepada anak-anak.

BACA JUGA
Kelebihan melaksanakan ibadah korban

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button