PendidikanSemasa

Semarakkan Malaysia Prihatin!

Kenali makna dan rasional bentuk hati

Berbaki lapan hari lagi menjelang Sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-63.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mahu semua pihak, termasuk kementerian, syarikat swasta, individu disaran terus menyemarakkan Sambutan Kemerdekaan dalam suasana kebiasaan baharu.
Pastinya tema tahun ini, Malaysia Prihatin memberi maksud yang sangat mendalam ke dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia, dari sudut luas maknanya, negara sendiri terkesan dan pimpinan kerajaan dipertanggungjawab untuk mencari langkah dan usaha ke arah pemulihan ekonomi negara.
Di samping itu, tindakan kerajaan juga perlu selari terhadap kesukaran rakyat, dan usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Tindakan prihatin ini dapat dilihat seawal Perintah Kawalan Pergerakan, PKP,  diarah digerakkan.
Perintah ini bukan bermaksud menidakkan hak rakyat untuk beriadah, keluar, berniaga atau apa sahaja sekalipun, tetapi semata-mata bagi mengekang penularan Covid-19 yang mengganas di seluruh dunia. Tindakan tidak popular itu kemudian menjadi satu dasar yang dilakukan hampir seluruh negara di dunia dalam menangani Covid-19 yang kini masih belum ditemui penawarnya.
Kepatuhan rakyat kemudian mendapat perhatian orang luar,  kita telah membuktikan bahawa dengan berbilang kaum, agama dan perbezaan politik, rakyat Malaysia menterjemah hashtag #kitajagakita sehinggalah PKP melalui siri-siri seterusnya iaitu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 1 Mei dan ditamatkan pada 9 Jun.

Selepas PKPB ia diganti pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, PKPP yang berkuat kuasa bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

 

Bagaimanapun dalam PKPB dijalankan, beberapa kawasan tertentu tertakluk kepada perintah ketat akibat penularan wabak Covid-19 yang tinggi di dalam kawasan tertentu, maka Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, PKPD selama 14 hari. Langkah ini bagi membendung penularan ke luar dan ke dalam kawasan yang terbabit, antaranya di Simpang Renggam Johor.
Sikap prihatin masyarakat juga jelas dilihat dalam menggembeling tenaga membantu menjahit pakaian PPE untuk kegunaan barisan hadapan, tanpa mengira latar belakang.
Tidak kurang itu, NGO seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM,  syarikat-syarikat,  serta orang perseorangan pula sanggup menelusuri denai, menerobos ceruk kampung, tidak kira kaum dan agama, dengat satu matlamat – tidak ada yang mati kerana tidak makan dalam tempoh wabak Covid-19 menggila.
Dalam usaha pemulihan pastinya, usaha kerajaan membantu sekecil-kecil pendapatan seperti digambarkan Perdana Menteri, dengan analogi Mak Kiah, Pak Cik Salleh, Kakak Radziah dan Datuk Lim adalah sebagai perlambangan simbolik keprihatinan kerajaan untuk membawa Malaysia pulih semula dan pasti, kesejahteraaan rakyat terutamanya.
Justeru itu, UMMAHToday memperinci makna dalam  pembentukan logo Malaysia Prihatin yang dipilih bagi sambutan kemerdekaan negara ke-63 tahun ini.
‘Malaysia‘ membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.
‘Prihatin’ pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia.
Tema dan Maksud Logo Malaysia Prihatin - Hari Kebangsaan ke 63
Ini adalah kali kelima logo berbentuk hati digunakan selepas tahun 1994, 1997, 2015 dan 2016.
Selamat Hari Merdeka, Malaysia!

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button