Covid19Semasa

PKPP tamat 31 Ogos : sambung atau tidak?

Perdana Menteri akan umum

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadualkan tamat 31 Ogos ini, pada minggu ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sama ada PKPP akan disambung atau tidak, beliau akan umumkan, kata Ismail Sabri pada sidang media perkembangan PKPP di bangunan Parlimen, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan agar PKPP dilanjutkan sehingga jangkitan COVID-19 di negara ini terkawal.

Menteri Kesihatan Datuk Sri Dr Adham Baba dilaporkan berkata berkata cadangan itu sudah dikemukakan kepada perdana menteri dan Majlis Keselamatan Negara. -BERNAMA

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button