Afrika Selatan akan meminta mahkamah tertinggi PBB memerintahkan menghentikan pencerobohan Rafah sebagai sebahagian daripada kesnya di The Hague yang menuduh israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa [ICJ], juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia, diadakan selepas Afrika Selatan minggu lalu meminta langkah kecemasan tambahan untuk melindungi Rafah, sebuah bandar di selatan Gaza di mana lebih 1.5 juta penduduk Palestin sedang berlindung.
Ia juga meminta mahkamah memerintahkan israel membenarkan akses ke Gaza untuk pegawai PBB, organisasi yang menyediakan bantuan kemanusiaan, wartawan dan penyiasat. Ia menambah bahawa israel setakat ini mengabaikan dan melanggar perintah mahkamah sebelum ini.
Pada hari Khamis, Afrika Selatan akan membentangkan campur tangan terbarunya untuk mendapatkan langkah kecemasan bermula jam 3 petang
SUMBER : TRT World