KesihatanSemasa

Syafakallah Tuan Guru Hadi Awang

Hadi Awang dikejar ke IJN

KUALA LUMPUR : “Mohon doa dan solat hajat untuk Tuan Guru” seru anak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam laman Facebook miliknya.

Beliau berkata, ayahandanya kini berada dalam keadaan stabil, bagaimanapun rawatan susulan masih perlu diterima di Institut Jantung Negara (IJN).

Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, turut menerima mesej-mesej dan berita palsu yang disampaikan orang awam berkenaan ayahnya.

“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah.” – Muhammad Khalil / Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk

Muhammad Khalil berkata, beliau sedia memaklumkan keadaan ayahnya dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah dikejarkan ke Hospital Putrajaya setelah mengalami sesak nafas, sebelum dirujuk ke IJN.

Beberapa hari kemudian, Ahli Parlimen Marang itu dibenarkan keluar.

Walaubagaimanapun, 28 April lalu, Abdul Hadi sekali lagi dimasukkan ke IJN bagi menerima rawatan lanjut.

 

Syafakallah ;

Semoga Allah memberi kesembuhan. Amiin

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button