PalestinSemasa

Syaitan Netanyahu seru agar Gaza dimusnahkan selepas perang

Perdana Menteri israel Benjamin Netanyahu telah menyeru agar Gaza dimusnahkan selepas perang. Dia menjadikan itu sebagai matlamatnya untuk wilayah Palestin yang sudah musnah akibat perang selama sembilan bulan.

“Berikutan kemenangan kami, dengan bantuan rakan serantau, demilitarisasi dan deradikalisasi Gaza juga boleh membawa kepada keselamatan, kemakmuran dan keamanan masa depan. Itulah visi saya untuk Gaza,” kata Netanyahu kepada penggubal undang-undang semasa ucapannya di Kongres AS.

Dalam masa yang sama seramai 129 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 416 lagi cedera dalam serangan tentera israel yang berterusan di Khan Younis di selatan Gaza sejak Isnin, kata pihak berkuasa tempatan.

Tentera israel melancarkan serangan mengejut ke atas kawasan kejiranan timur bandar itu selepas mengeluarkan arahan supaya penduduk segera mengosongkan rumah mereka.

Kawasan itu sebelum ini telah ditetapkan oleh tentera israel sebagai “zon selamat” untuk penduduk Palestin yang dipindahkan di tengah-tengah serangan berterusan Tel Aviv di Gaza.

Pejabat media kerajaan Palestin di enklaf itu berkata, 44 rakyat Palestin masih tidak diketahui nasibnya akibat serangan israel. Pejabat media berkata ia telah menerima kira-kira 1,350 panggilan kecemasan daripada keluarga yang terperangkap di timur Khan Younis.

Menurut kenyataan itu, kira-kira 237 rumah dibom di kawasan itu.

Peperangan israel ke atas Gaza, kini memasuki hari ke-292, telah membunuh sekurang-kurangnya 39,145 rakyat Palestin – majoriti daripada mereka wanita dan kanak-kanak -– dan mencederakan 90,257 yang lain, dengan 10,000+ dianggarkan tertimbus di bawah runtuhan.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button