Covid19Palestin

Gaza City diperintah berkurung sepenuhnya 48 jam

4 kes Covid-19 dikesan

Perintah berkurung sepenuhnya dilaksanakan di Gaza selepas empat kes Covid-19 pertama dikesan.

Pusat Maklumat dan Media Kerajaan berkata sejak semalam petang empat kes baharu itu dikesan dari satu keluarga di tengah Gaza,  menyebabkan perintah lock down terpaksa dijalankan.

Selain bandar, urusan jabatan kerajaan juga ditunda dan perintah tidak perlu ke tempat kerja juga dilaksanakan di semua kemudahan selama 48 jam.

Semua larangan itu terpakai di semua pejabat kerajaan, institusi pendidikan, masjid, pusat perkahwinan dan juga aktiviti di gym.

Kes itu dikatakan menular selepas seorang wanita mengunjungi Tebing Barat, dan dikesan positif.

Kementerian Kesihatan Gaza mengarahkan siapa yang mengunjungi pasar raya di luar hospital Gaza perlu mengkuarantinkan diri mereka dan segera melaporkan diri bagi tujuan pemeriksaan.

Sebarang perhimpunan di tempat awam juga dilarang. -AFP

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button