PalestinSemasa

PBB kecam perintah pemindahan terbaru israel di Rafah, Khan Younis

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyuarakan kebimbangan terhadap perintah pemindahan penduduk Palestin di Khan Younis dan Rafah.

“Berbalik kepada situasi di lapangan (Gaza) dengan beberapa maklumat terkini yang kami terima daripada rakan-rakan kemanusiaan kami, yang sangat prihatin terhadap kesan perintah pemindahan terbaru israel ke atas puluhan ribu orang awam, yang kebanyakannya telah berulang kali dipindahkan sepanjang sembilan bulan lalu,” kata jurucakap Stephane Dujarric semasa sidang akhbar.

Israel memberi arahan kepada Rakyat Palestin bagi mengosongkan 117 kilometer persegi (1,259 kaki persegi) kawasan di Khan Younis. Dujarric berkata ia adalah yang terbesar sejak Oktober apabila penduduk diarah mengosongkan utara Gaza.”

“OCHA (Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan) menggariskan bahawa pemindahan dalam skala besar-besaran seperti itu hanya akan meningkatkan penderitaan orang awam dan mendorong keperluan kemanusiaan lebih tinggi,” kata Dujarric.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button