PalestinSemasa

israel sekat akses rakyat Palestin ke Masjid Al Aqsa pada bulan Ramadan

Tel Aviv telah meluluskan peraturan menyekat kemasukan penduduk Palestin yang tinggal di israel dan Baitulmaqdis ke Masjid Al Aqsa semasa bulan suci Ramadan, bermula pada minggu kedua bulan depan, dakwa media tempatan.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberikan kelulusannya pada cadangan Menteri Keselamatan Negara sayap kanan Itamar Ben-Gvir, walaupun agensi keselamatan negara itu memberi amaran bahawa sekatan ke ataspenduduk Palestin ke Masjid Al Aqsa semasa Ramadan boleh menambah api peperangan.

“Walaupun diberi amaran oleh Shin Bet (agensi keselamatan dalaman) tentang potensi gangguan antara rakyat Palestin di dalam Israel dan polis israel, Netanyahu bersetuju dengan cadangan Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir untuk mengehadkan akses orang Palestin ke Masjid Al Aqsa pada bulan Ramadan yang akan datang,” lapor Saluran 13.

Pentadbiran Netanyahu akan membuat keputusan rasmi mengenai isu ini dalam beberapa hari akan datang, dakwa penyiar itu.

Sekatan pada hari Jumaat

Jumaat lalu, walaupun dengan sekatan Israel, kira-kira 25,000 umat Palestin dapat memasuki Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Timur untuk menunaikan solat Jumaat buat kali pertama sejak perang.

Ini merupakan tempoh paling lama rakyat Palestin telah dilarang oleh pihak berkuasa Israel daripada menunaikan solat di masjid sejak permulaan perang pada 7 Oktober.

Israel telah menggempur Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober. Serangan Israel telah membunuh hampir 29,000 dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Peperangan israel ke atas Gaza telah mendorong 85 peratus penduduk wilayah itu ke dalam perpindahan dalaman di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk, manakala 60 peratus daripada infrastruktur wilayah itu telah rosak atau musnah, menurut PBB.

Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Keputusan sementara pada Januari mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.

SUMBER: AA

 

Related Articles

Back to top button