DuniaSemasa

MAPIM seru umat Islam kenang tragedi 21 Ogos 1969

Hari Hitam apabila seorang pelampau Dennis Michael Rohan cuba membakar Masjid Al-Aqsa

SHAH ALAM: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam satu kenyataan media pada Isnin menyeru umat Islam di seluruh dunia agar mengingati tarikh 21 Ogos 1969, sebagai Hari Hitam apabila seorang pelampau zionis Australia, Dennis Michael Rohan, cuba membakar Masjid Al-Aqsa.

Dalam kenyataan bersama,  Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid atau Cikgu Azmi, Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Al Aqsa Datuk Seri Syekh Ahmad Awang, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia Datuk Wira Syekh Abdul Ghani Samsudin dan Setiausaha Agung Sekretariat Palestin Malaysia Syed Syekh Al Attas menegaskan tindakan itu ternyata mendapat restu pasukan penceroboh israel.

Sejak itu, tempat suci Al-Aqsa itu kekal terancam sehingga hari ini.

Tambah kenyataan itu, umat ​​Islam telah menyaksikan 54 tahun terakhir Masjidil Haram diserang. Ia adalah masjid ke-3 paling suci dalam Islam dan kiblat pertama umat Islam.

Umat ​​Islam harus sentiasa menghidupkan ingatan mereka mengenai bagaimana yahudi zionis telah menaruh perasaan permusuhan yang mendalam terhadap umat Islam dan Masjid Al Aqsa.

Sejak tahun 1967 masjid Al Aqsa menjadi sasaran yahudi zionis yang mahu merobohkannya untuk wujudkan semula Gunung Yahudi (Kuil Sulaiman) yang ke-3. Pencerobohan ganas berterusan oleh tentera israel dan peneroka haram yahudi telah mengakibatkan rakyat Palestin ditangkap, diculik, dibunuh, dicederakan, dipenjarakan dan diseksa.

Kecintaan umat Islam terhadap Al Aqsa seharusnya menyatukan mereka untuk meneruskan perjuangan membebaskannya daripada rejim israel.

Kami menyatakan kecaman terhadap tentera pendudukan Israel yang sewenang-wenangnya menyerang pengunjung Islam Palestin di dalam Masjid Al Aqsa”, tegas kenyataan itu.

Masjid itu telah menjadi pusat untuk perjuangan penentangan oleh rakyat Palestin untuk membebaskan Al Quds.

BACA JUGA
OIC tolak sebarang keputusan tukar status geografi, demografi Al-Quds

Kami kesal kerana OIC gagal melindungi masjid itu walhal insiden pembakaran masjid itulah yang telah mencetuskan penubuhan OIC.

Kami menggesa umat Islam untuk bersolidariti dengan pejuang Palestin untuk membebaskan Al Aqsa.

Kami kesal walaupun ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyuarakan kebimbangan dan menekankan keperluan untuk mengekalkan status quo di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, tetapi tidak melakukan sebarang tindakan beberapa hari selepas menteri keselamatan berhaluan kanan baru israel, Itamar Ben-Gvir, membuat lawatan kontroversi ke tapak tersebut, yang digelar oleh pemimpin Palestin sebagai ‘provokasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini’.

Kami menuntut PBB untuk menguatkuasakan resolusi yang diluluskan dalam UNSC dan UNGA untuk memastikan rejim zionis israel bertanggungjawab sepenuhnya atas serangan berterusan ke atas masjid itu.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button