
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau mungkin akan berlepas ke Turkiye malam ini, untuk memberikan sokongan moral kepada rakyat di negara itu.
Menurut Anwar keputusan untuk ke Turkiye dibuat selepas Presiden Recep Tayyp Erdogan meminta beliau ke sana memandangkan Malaysia merupakan antara negara terawal menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada negara tersebut.
“Saya diminta oleh Presiden (Turkiye) kalau boleh untuk segera ke sana untuk memberikan moral support dan saya telah menimbangkan terpaksa bertolak malam ini untuk ke Turkiye untuk menunjukkan sokongan kita kerana beberapa negara telah sampai.
"Saya akan ke Turkiye malam ini" – Perdana Menteri, Datuk Seri @anwaribrahim#SisiTVParlimen#AWANInews pic.twitter.com/AK6gmbfqxA
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) February 14, 2023
Perdana Menteri berkata, Malaysia akan segera menghantar pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ke Syria untuk menjalankan misi bantuan kemanusiaan secepat mungkin, sebaik kerajaan negara itu memberi kebenaran.
Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin lepas telah meragut puluhan ribu nyawa dengan kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia