BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa pendudukan israel merobohkan sebuah rumah dua tingkat Palestin di bandar Beit Safafa, tenggara bandar Baitulmaqdis yang diduduki, menurut wartawan WAFA.
Menurutnya, pasukan polis menyerbu masuk ke bandar itu, mengepung bangunan dua tingkat keluarga Sanqrut sebelum jentolak memusnahkan serta merobohkannya.
Dengan menggunakan alasan pembinaan haram, israel merobohkan rumah itu secara berkala untuk menyekat pengembangan Palestin di Baitulmaqdis yang diduduki.
lsraeli occupation forces demolish a Palestinian-owned house southeast of occupied Jerusalem. pic.twitter.com/zRB5q9hTUc
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 17, 2023
Pada masa yang sama, majlis perbandaran dan kerajaan membina puluhan ribu unit rumah di penempatan haram di Baitulmaqdis Timur untuk orang Yahudi dengan matlamat untuk mengimbangi keseimbangan demografi.
Walaupun rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur, sebahagian daripada Wilayah Palestin yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang telah tertakluk kepada pendudukan tentera israel sejak 1967, mereka dinafikan hak kewarganegaraan mereka dan sebaliknya hanya diklasifikasikan sebagai ‘penduduk’ yang permitnya boleh dibatalkan jika mereka berpindah dari bandar ini selama lebih daripada beberapa tahun.
In Pictures: Israeli occupation forces demolish a Palestinian home, owned by Sanqrt family, in Jerusalem's Beit Safafa town, today. pic.twitter.com/PkzxcdV4bF
— Quds News Network (@QudsNen) January 17, 2023
Menurut laporan oleh kumpulan hak asasi manusia israel B’Tselem, Mahkamah Tinggi israel akan bertanggungjawab atas jenayah perang mereka yang membawa kepada perampasan harta rakyat Palestin di Kawasan C Tebing Barat.
Namun, laporan itu merupakan satu keadilan palsu yang menunjukkan bahawa sokongan mahkamah terhadap dasar perancangan israel adalah sama dengan sokongan untuk perampasan serta pemindahan paksa rakyat Palestin.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini