Semasa

Tiada pemegang pas kerja merempat di Singapura : MOM

Majikan disaran sediakan Pusat Pekerja Asing

SINGAPURA : Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura tidak menemui sebarang pemegang pas kerja yang merempat di jalanan di republik itu.

MOM dalam satu kenyataan medianya pada semalam (3 Nov) berkata selepas pemeriksaan dijalankan oleh pegawai kementerian di seluruh pelosok negara.

Kenyataan itu dibuat berikutan laporan akhbar tempatan berhubung `Warga Malaysia Gelandangan di Singapura’.

Selepas laporan terbabit, MOM telah bertemu dengan seorang rakyat Malaysia bernama Shahruddin Hael Helmy Mohd Noh, pada 23 dan 27 Nov lalu.

Shahruddin mendakwa ada lebih 100 pemegang pas kerja, Malaysia di Singapura, yang merempat.

Bagaimanapun menurut MOM, beliau tidak dapat memberikan nama dan maklumat hubungan pekerja yang beliau dakwa sedang merempat.

“Beliau mengaku tidak pernah bercakap secara langsung dengan mana-mana pekerja itu dan tidak dapat mengesahkan yang mereka benar-benar tidak mempunyai tempat tinggal.”

Beliau juga kata MOM tidak kenal mana-mana pekerja Malaysia yang tidak mempunyai tempat tinggal dan juga berkata bahawa beliau juga tidak memberitahu media dari NST yang `’lebih 100 rakyat Malaysia di sini menjadi gelandangan.”

Pada 26 Nov, satu pasukan bertindak antara agensi terdiri daripada pegawai dari MOM, serta polis menjalankan pemeriksaan di pelbagai lokasi merata negara, termasuk tempat-tempat yang disenaraikan oleh Encik Shahruddin.

“Bagaimanapun, kami tidak menemui mana-mana pemegang pas kerja yang tidur di tepi jalan,” menurut MOM.

Gerakan itu adalah sebahagian daripada pemeriksaan rutin oleh pasukan bertindak, menurut MOM, sambil menambah bahawa mereka yang ditemui tidur di jalanan akan dirujuk kepada agensi relevan untuk diberikan bantuan.

“Mereka yang ditemui tidur di tempat terbuka, termasuk pemegang pas kerja akan diberi bantuan,” kata MOM.

“Majikan mereka akan diminta menyediakan tempat penginapan dengan segera atau Pusat Pekerja Asing (MWC) akan menyediakan tempat berteduh sementara jika majikan tidak dapat berbuat demikian.”

MOM juga sudah berhubung dengan badan-badan bukan pemerintah (NGO) untuk merujuk mana-mana kes pemegang pas kerja yang merempat kepada pihak kementerian.

Orang ramai yang mengetahui mengenai sebarang pemegang pas kerja yang menghadapi masalah penginapan diharap dapat merujuk kepada MOM atau MWC bagi bantuan selanjutnya. – Media Corp

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button