
TEBING BARAT: Kisah remaja Palestin yang ditembak mati oleh tentera israel pada Selasa semasa serbuan tentera di kem pelarian al-Dheisha, selatan bandar Bethlehem di Tebing Barat terus mendapat perhatian.
Ini kerana sebelum Adam Ayyad, 15, dibunuh, arwah sempat menukilkan wasiat yang menyentuh perasaan.
Wasiat yang ditulis pada sehelai kertas itu telah dimuat naik ke platform media sosial oleh rakyat Malaysia yang kini menetap di Gaza, Nadir Al-Nuri.
“Aku mengimpikan banyak benda tetapi aku tahu di bumi ini, di negaraku ini mustahil ia akan menjadi kenyataan.”
“Tetapi aku sangat gembira kerana Allah merealisasikan satu impian daripada banyak-banyak impianku iaitu untuk aku mati syahid,” tulis Adam.
Adam ditembak dengan peluru hidup di dada dan dibawa ke hospital Beit Jala, di mana dia disahkan meninggal dunia.
“Aku tidak mahu mengatakan selamat tinggal, tetapi aku mengatakan, kita akan bertemu lagi di syurga,” kata akhir Adam dalam tulisannya.
“We hope that our homeland will be free and that we can return to our lands.” Here’s a previous video of 15-year-old Palestinian boy Adam Ayyad, who was shot dead today by Israeli gunfire.
Adam dreamed of a better future, but his dream under Israeli occupation never came true. pic.twitter.com/QLXmCMRkZQ
— Al-Jarmaq News (@Aljarmaqnetnews) January 3, 2023
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini