PalestinSemasa

Bayi cedera diserang peneroka israel di selatan Nablus

NABLUS: Seorang bayi perempuan Palestin berusia 18 bulan mengalami kecederaan dalam serangan vandal peneroka israel ke atas kereta keluarganya di kampung Usarin, di selatan Nablus  Tebing Barat, menurut sumber tempatan.

Saksi berkata bahawa sekumpulan peneroka israel membaling batu ke arah kenderaan Palestin berhampiran kampung itu dan mencederakan seorang bayi berusia 18 bulan ketika dia berada di dalam kereta keluarga bersama ibu bapanya.

Kenderaan lain juga mengalami kerosakan dalam serangan itu.

Tindakan keganasan dan vandalisme oleh peneroka israel terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka adalah perkara biasa di Tebing Barat, dan jarang didakwa oleh pihak berkuasa israel.

Terdapat lebih daripada 600,000 peneroka israel secara haram menduduki bahagian Tebing Barat yang melanggar undang-undang antarabangsa dan norma-norma yang ditetapkan.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button