Kerohanian

Hidup binasa ganggu rumah tangga orang

Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today 

Keruntuhan rumah tangga sering dikaitkan dengan orang ketiga. Ianya berdosa bagi mana mana pihak yang menyebabkan satu rumah tangga bercerai.

Hancurnya rumah tangga adalah kerana iman yang lemah.

8 Hadiah Kahwin Untuk Kawan: "Musim" Yang Sering Dinantikan

Walaupun mempunya lulusan tinggi agama tetapi jika mempunyai masalah dalam pengalaman ilmu menjadi faktor penceraian di dalam rumah tangga.

HARAM hukumnya menjalinkan hubungan dengan suami atau isteri orang.

“Bukan dikalangan kami (umah Nabi Muhammad SAW) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya.” – Hadis Riwayat Abu Daud

Perbuatan mencintai isteri atau suami orang adalah sesuatu perbuatan yang dikeji.

Rasulullah berpesan kepada umatnya untuk melawan hawa nafsu agar tidak terjerumus ke lembah dosa.

Baginda bersabda:

“Orang yang berhijrah yakni hijrah dari perihal yang dilarang oleh Allah swt dan juga orang yang berjuang itu yakni yang berjuang melawan hawa nafsunya.

“Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan walaupun mempunyai niat baik kerana ianya tetap akan menimbulkan fitnah. Tutup buku dah tutup ruang buat orang ketiga ini.”

Justeru, dosa juga menjadi punca penceraian dan masalah rumah tangga.

HD wallpaper: Silhouette of two people arguing., sorry, forgive, angry, apologize | Wallpaper Flare

Contoh, suami atau isteri yang berbuat dosa di luar rumah di mana antara mereka tidak tahu.

Rumah tangga dibina bersama perlu memahami pasangan masing-masing. Kalau isteri perlukan perhatian, suami perlu perhatian dan sebaliknya.

Memberi hadiah antara satu sama lain adalah satu contoh kita jaga hati pasangan masing-masing.

Oleh itu, kehidupan rumah tangga bersama suami atau isteri pilihan perlu mendapat sakinah, mawadah dan warahmah.

Jika perkahwinan kerana cinta kepada Allah, maka Allah akan permudahkan segala urusan ketika menjalani rumah tangga.

Related Articles

Back to top button