Semasa

Mengapa memilih mengadakan ibadah korban di Bangladesh?

Bangladesh adalah negara Islam ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Pakistan dengan jumlah penduduk seramai lebih 160 juta, yang juga merupakan negara kelapan dengan jumlah penduduk paling ramai.

Lebih 90 peratus daripada jumlah penduduk itu ialah orang Islam yang bermazhab ahli sunnah wal jamaah.

Islam adalah wajah negara ini dan menjadi antara pusat ilmu dan perkembangan Islam di Asia Selatan. Malah jemaah tabligh sangat besar jumlahnya di sini.

Namun Bangladesh juga menyimpan banyak kisah pedih.  Negara itu  terdedah dengan angin monsun sehingga sering dilanda ribut dan banjir besar yang memusnahkan rumah dan mengorbankan banyak nyawa.

Bangladesh juga perlu menerima limpahan pendatang Rohingya dari Myanmar sehingga Bangladesh mendedikasikan sebuah pulau khas untuk pendatang Rohingya.

Pada masa yang sama, Bangladesh masih digolongkan antara negara termiskin di dunia. Di mana lebih 20 peratus atau lebih 30 juta rakyat Bangladesh hidup di bawah paras kemiskinan. Untuk perspektif, jumlah rakyat Malaysia adalah lebih kurang 32 juta orang.

Bayangkan sahaja, saudara Islam kita di Bangladesh ada lebih 30 orang yang hidupnya melarat. Bagaimana kita mahu membantu?

Ada banyak cara, dan mungkin ada antara cara tersebut sudah kita lakukan seperti melayan pekerja asing Bangladesh dengan adil dan baik.

Ada juga yang menyumbang terus kepada penduduk miskin di sana seperti yang dilakukan oleh MAPIM Malaysia melalui projek sekolah, madrasah, mussola, dan telaga air.

Satu cara lagi, iaitu melalui ibadah korban. Kita laksanakan ibadah korban di sana dan penduduk miskin di Bangladesh akan dapat dibantu mendapatkan bekalan daging segar yang ramai antara mereka tidak mampu.

Untuk tujuan itu, pihak MAPIM Malaysia ada menyediakan pakej korban Bangladesh. Pakej korban yang sudah dijalankan sejak tahun 2015. Untuk yang berhajat hanya perlu mengisi borang. Urusan seterusnya MAPIM Malaysia akan selesaikan dengan wakil MAPIM di Bangladesh.

Tetapi mengapa perlu korban dengan MAPIM Malaysia?

  • Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
  • Antara harga termurah dipasaran
  • Reputasi MAPIM yang dipercayai.
  • Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.
  • Anda akan menerima sijil penyertaan dan juga cenderamata.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DITUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya. Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”

(HR. Ahmad dan Ibnu Majah].

Bersama saudara budiman untuk sertai ibadah korban dan maklumat lanjut, layari :

www.ibadahqurban.com
www.ibadahqurban.com

www.ibadahqurban.com

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button