KOTA BHARU – Malam tadi, tular di media sosial mengenai kejadian letupan bom dan berbalas tembakan yang berlaku di pekan Tak Bai dekat Narathiwat, Thailand.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10 malam tadi melalui klip-klip video yang tular sehingga menyebabkan penduduk yang tinggal di sempadan Malaysia- Thailand terutamanya di Kawasan Pengkalan Kubor, Tumpat panik dengan situasi tersebut.
Keadaan api yang marak di Tak Bai sempat di rakam oleh penduduk di kawasan itu selain kedengaran bunyi tembakan yang kuat ekoran jarak yang dekat melaui video-video yang tersebar.
Anggota puak pemisah Thailand yang tidak berbaju ditahan pihak berkuasa negara tersebut selepas beberapa gambar individu turut tular di media sosial.
Berhubung kejadian itu butiran dan maklumat lanjut masih belum diterima.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat malam tadi enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut.
-Agensi
Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih