Covid19KesihatanSemasa

KKM dedah wajah wira belakang tabir merdekakan negara daripada COVID-19

Dokumentari pendek #kitajagakita dihasilkan

Kementerian Kesihatan (KKM) menghasilkan sebuah dokumentari pendek bagi memberikan gambaran sebenar di sebalik tabir pasukan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Perkhidmatan Hospital dan barisan hadapan negara dalam usaha memerdekakan negara daripada penularan jangkitan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Video berdurasi 10.46 minit yang dikongsikan di Twitter rasmi Dr Noor Hisham itu memaparkan wajah-wajah wira yang bertungkus-lumus menjalankan kerja belakang tabir ketika negara berperang menentang COVID-19.

“Kita dapat kawal dengan baik iaitu kita berjaya ‘landaikan lengkungan,’ itu adalah kejayaan pertama perjuangan kita. Ia berjalan dengan lancar, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dengan lancar,” katanya.

Dalam video itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) merangkap Penasihat CPRC Perkhidmatan Hospital, Datuk Dr Rohaizat Yon berkata pusat itu telah lama wujud tetapi tidak begitu menonjol dan disebabkan COVID-19, pusat itu mendapat peruntukan khas serta menjadi lebih canggih.

Di akhir video, terdapat petikan yang sering diucapkan Dr Noor Hisham dalam sidang media berhubung perkembangan terkini COVID-19 iaitu “terima kasih kepada semua rakyat atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada petugas barisan hadapan dan pihak berkuasa sepanjang tempoh sukar ini.

“Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti kita, kita jaga negara kita,” katanya.

-BeritaHarian

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button