GAZA : Jet pejuang Israel melakukan beberapa siri serangan udara di selatan Semenanjung Gaza pada hari Selasa, menyasarkan “tapak pembuatan senjata” yang dikhabarkan oleh pihak Zionis untuk kegunaan Hamas.
Manakala sejurus selepas itu, sekali lagi pesawat perang Israel baru sahaja meledakkan bom di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza dengan enam peluru berpandu. Letupan besar itu menggegarkan seluruh Semenanjung Gaza.
Beberapa jam sebelum itu, pihak tentera Palestin melepaskan roket ke selatan Israel buat pertama kali dalam beberapa bulan, ekoran pencerobohan yang dilakukan oleh pihak Israel ke tapak suci Baitulmaqdis. Walaubagaimanapun, tiada sebarang laporan mengenai kematian atau kerosakkan.
Ketua Pemimpin Kumpulan Militan Jihad Islam, telah mengeluarkan amaran yang keras terhadap tentera Zionis yang melalukan serangan terhadap jemaah masjid yang berada di Baitulmuqaddis.
Ziad al-Nakhala, yang berpangkalan di luar wilayah Palestin, berkata ancaman untuk mengetatkan sekatan Israel-Mesir ke atas Gaza yang dikenakan selepas Hamas merampas kuasa 15 tahun lalu tidak dapat menutupi mulut kita daripada apa yang berlaku di Baitulmaqdis dan Tebing Barat.
Penduduk Palestin dan polis Israel bertempur pada hujung minggu di dalam dan sekitar perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, yang telah lama menjadi pusat keganasan Israel-Palestin. Ia adalah tapak ketiga paling suci dalam Islam selepas Masjidil Haraam.
Protes dan pertempuran di sana kali ini tahun lalu telah membantu mencetuskan perang Gaza selama 11 hari.
Ketegangan terbaharu berlaku berpunca apabila umat Islam di seluruh dunia menyambut bulan suci Ramadan sedang melakukan idadah di perkarangan Masjid Al Aqsa. Dalam pada masa yang sama,puak Yahudi ini turut merayakan perayaan hari Paskah mereka, dimana mereka membawa kepercayaan bahawa Baitulmuqaddis merupakan tapak suci mereka sejak berkurun lamanya.
Sehubungan dengan itu, puak Yahudi Zionis ini tidak dapat menerima kenyataan bahawa Masjid Al Aqsa adalah rumah ibadat umat Islam lalu mengerahkan pasukan polis Israel untuk menghalau semua muslimin dan muslimat yang berada di situ. Keganasan itu masih berlaku sehinggan hari ini dan dilakukan tidak kira sama ada lelaki mahupun Wanita bahkan kanak-kanak sekali pun.