EkonomiSemasa

Pasaran sukuk Malaysia terbesar di dunia

KUALA LUMPUR: Menurut Moody’s Investors Service, Perbankan Islam di Malaysia merupakan sektor paling maju di dunia.

Sejak lima tahun lalu, pembiayaan Islam berkembang lebih pantas berbanding konvensional, kata Firma perkhidmatan pelaburan itu.

“Pembiayaan patuh Syariah menyumbang 42.5 peratus kepada jumlah keseluruhan pembiayaan di Malaysia setakat 31 Disember 2021,” katanya.

Moody’s Investors Service berkata, ekosistem kewangan Islam yang komprehensif merangkumi sukuk, takaful dan dana Islam menjadikan perbankan Islam mendapat manfaat.

“Ekosistem ini membolehkan perbankan Islam menawarkan rangkaian penuh produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh bank konvensional,” katanya.

Tambahnya lagi, Malaysia mempunyai pasaran susuk yang terbesar di dunia, malah disokong oleh terbitan berdaulat dan korporat tetap.

Perkembangan kewangan Islam dimudahkan dengan rangka kerja pengawalseliaan yang komprehensif terdiri daripada Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan dan jawatankuasa penyeliaan di institusi kewangan Islam.

“Ia juga memacu pertumbuhan kewangan Islam melalui pemilikan tidak langsung dalam bank Islam dan kumpulan perbankan tempatan.

“Di samping itu, kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan adalah pengeluar tetap sukuk, mewujudkan penanda aras dan membuka jalan kepada syarikat swasta untuk menerbitkan sukuk mereka sendiri,” katanya.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan pelan hala tuju lima tahun bagi sektor kewangan pada Januari lalu, malah kewangan Islam merupakan salah satu daripada lima inisiatif.

Bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk kewangan Islam, bank pusat akan  membangunkan kewangan mampan dan integrasi dengan ekonomi halal global.

Pelan hala tuju tersebut, akan memacu penggunaan amalan prestasi yang baik dalam kalangan bank Islam melalui rangka kerja Pengantaraan Berasaskan Nilainya (VBI).

BNM menguatamakan penyepaduan kewangan sosial ke dalam ekosistem kewangan Islam yang akan mengukuhkan lagi kerjasama antara bank Islam, Majlis Agama Islam Negeri, kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam menggerakkan zakat, wakaf, dan sedekah untuk menyokong objektif sosioekonomi kerajaan.

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button