DuniaSemasa

PM Pakistan disingkirkan dalam undi tidak percaya

Oleh: Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih

ISLAMABAD : Kerajaan Perdana Menteri Pakistan, Imran Ahmed Khan Niazi telah digulingkan selepas kalah dalam undi tidak percaya hari ini.

Imran Khan yang mengetuai parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) dikalahkan dengen perbezaan enam undi. Undi tidak percaya tersebut telah mendapat 174 sokongan daripada 342 ahli parlimen.

Beliau merupakan perdana menteri pertama yang dilucutkan jawatan melalui undi tidak percaya.

Namun, beliau telah dikatakan melanggar perlembagaan negara dengan bubarkan parlimen minggu lepas untuk menghalang proses undi tidak percaya selepas kenyataannya mengatakan parti pembangkang mempunyai campur tangan Amerika Syarikat untuk menjatuhkan beliau.

Perkara ini sedang tular di media sosial Twitter dikatakan sebagai satu tamparan hebat buat negara Pakistan.

Rakyat Pakistan menerusi sosial media meluahkan rasa simpati atas kekalahan Imran Khan dan mengatakan hari ini merupakan hari yang sedih bagi negara Pakistan kerana kehilangan ketua yang kompeten.

reaksi netizen di Twitter selepas kekalahan Imran Khan
Sumber: Twitter

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button