Oleh: Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih
BALING : Polis meningkatkan penguatkuasaan di laluan sempadan Bukit Kayu Hitam bagi mencegah penyuludupan bunga api dan mercun seludup menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Meskipun perayaan tersebut sering disambut dengan silauan bunga api dan dentuman mercun namun mercun yang diseludup sangat membahayakan dan boleh mengakibatkan kemalangan yang tidak diingini.
Ketua Pesuruhjaya Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata setakat ini hanya beberapa syarikat yang mendaftar untuk lesen pengedar bunga api dan mercun.
“Sementara hanya dua atau tiga syarikat telah mendaftar untuk lesen pengedar, syarikat yang tidak berdaftar akan cuba menyeludup, jadi kami akan terus membuat pemeriksaan dan membuat tangkapan”
“Jualan haram adalah tidak dibenarkan, terutamanya mercun berbahaya yang boleh mencederakan jari dan tangan,” katanya
Tambahnya, hanya pedagang berlesen dibenarkan untuk membawa masuk bunga api dan mercun sementara beberapa hari yang lalu mereka telah menangkap penyeludup.
Katanya lagi, semenjak pembukaan sempadan di Bukit Kayu Hitam pada awal bulan ini, jumlah kenderaan yang masuk telah bertambah namun walaupun jalan masih tenang, pemeriksaan dijalankan seperti biasa dan sekatan jalan raya beroperasi selama 24 jam.
-AGENSI