Covid19Semasa

Jemaah teruja solat Tarawih di Majid Kristal

KUALA TERENGGANU: Warga Terengganu melahirkan rasa gembira dan teruja apabila dapat solat tarawih secara berjemaah tanpa penjarakan sosial mulai malam ini di Masjid Kristal.

Ahmad Shibra Mullisi Khashiie,30, penduduk Kampung Tanjung berkata, kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dengan membenarkan orang ramai mengerjakan solat Tarawih secara berjemaah Ramadan tahun ini amat dihargai.

“Saya sangat rindu untuk solat Tarawih secara berjemaah dan pembukaan semula Masjid Kristal amat ditunggu oleh umat Islam khususnya penduduk di negeri ini,”
“Saya sanggup datang ke Masjid Kristal walaupun terdapat masjid dan surau di kawasan rumah untuk menunaikan solat Tarawih,” katanya ketika ditemu bual.

Mengikut tinjauan, masjid tersebut boleh memuatkan 700 jemaah dan lebih dari 400 jemaah memenuhi ruang solat Masjid Kristal pada malam tadi.

Tambahan pula, solat Tarawih semalam telah diimamkan oleh empat imam jemputan yang masing-masing dua dari Yaman dan Mesir.

Selain itu, sempat ditemu bual seorang jemaah iaitu Mahdi Jusoh, 51, penduduk Kampung Durian Burong, berkata beliau sudah lama menunggu menunaikan solat di Masjid Kristal selepas ditutup sejak empat tahun lalu.

Menurut laporan, Majid Kristal telah ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih dan pernah diiktiraf sebagai masjid tercantik di dunia.

-AGENSI

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof UiTM SA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button