SEPANG: Pagi ini Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerima 283 orang pengembara dari Abu Dhabi, iaitu antara kumpulan pelancong terawal tiba di negara ini sempena pembukaan sempadan negara, hari ini.
Pesawat EY418, Etihad Airways itu mendarat pada pukul 10.14 pagi sebelum diberiĀ semburan air sebagai gimik ketibaan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri turut hadir meraikan ketibaan pengembara.
Pada majlis sama, Nancy beramah mesra dengan pelancong yang tiba selain mengagihkan beg cenderahati kepada mereka.
Tambahnya lagi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) dijangka menerima lebih 110 penerbangan antarabangsa di jadual mendarat hari ini.
Beliau menjangkakan jumlah pengembara antarabangsa meningkat dalam minggu-minggu akan datang.
-Agensi
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today