Covid19DuniaSemasa

Arab Saudi tarik balik semua sekatan Covid-19

RIYADH : Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan kesihatan utama yang dikenakan ke atas pelancong asing ke negara itu berkaitan pandemik Covid-19.

Menurut laporan Saudi Gazette, langkah itu diambil susulan penurunan secara mendadak dalam kadar kes positif koronavirus di negara itu.

“Antaranya termasuk mengemukakan sijil vaksinasi, keputusan negatif bagi ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) sebelum pergi atau sejurus tiba di negara itu serta keperluan kuarantin di kemudahan disediakan atau di rumah.

Dalam pada itu, keputusan menarik balik sekatan itu dibuat berdasarkan serta kadar vaksinasi untuk penduduk berusia 12 tahun ke atas yang telah mencecah 99 peratus.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button