
PUTRAJAYA : Bermula 12:01 minit malam ini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. PKPB, akan dimulakan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Sebaik diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam netizen keliru maksud sebenar PKPB atau mungkin sudah terlupa dengan siri Perintah Kawalan yang dilaksanakan mengikut kadan dan keperluan penularan jangkitan Covid-19.
Rata-rata orang ramai yang berada di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, bertanyakan maksud PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.
Mereka turut keliru dengan perintah merentas daerah yang dikenakan apabila PKPB dilaksanakan pada 14 Oktober ini.
UmmahToday memperincikan PKPB yang bermaksud Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat terutama membabitkan kawasan Lembah Klang.
Hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar dari sebuah rumah untuk membeli barang keperluan.
Sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, tahfiz pusat rekreasi akan ditutup.
Bagi tempat ibadah awam, termasuk masjid ditutup, manakala aktiviti sukan, rekreasi dan majlis kahwin juga tidak dibenarkan.
Aktiviti ekonomi pula dibenarkan beroperasi seperti biasa.
PKPB dilaksanakan di Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor masing -masing bermula 13 dan 14 Oktober kerana peningkatan jumlah kes Covid-19 di negeri yang terbabit.