Turki sedia bantu rakyatnya yang mahu tinggalkan Ukraine
ISTANBUL : Kementerian Luar Turki akan membantu rakyatnya di Ukraine yang cuba menyelamatkan diri dari peperangan yang berlaku dengan meninggalkan negara itu.
Kementerian tersebut turut menyeru mereka untuk kekal di rumah atau melindungi diri di tempat selamat mereka selepas Rusia melancarkan serangan terhadap negara itu.
Terdahulu pada Khamis, syarikat penerbangan bendera Turkish Airlines berkata ia membatalkan semua penerbangan ke Ukraine pada 24 Februari kerana penutupan ruang udara Ukraine.
Presiden Vladimir Putin secara rasmi mengarahkan penempatan tentera Rusia di wilayah timur Ukraine Donetsk dan Luhansk dalam ucapan di televisyen awal Khamis.
“Saya telah memutuskan untuk menjalankan operasi ketenteraan khas,” kata Putin.
To Ukrainians around the globe:
Putin attacked, but no one is running away. Army, diplomats, everyone is working. Ukraine fights. Ukraine will defend itself. Ukraine will win.
Share the truth about Putin’s invasion in your countries and call on governments to act immediately.
— Dmytro Kuleba (@DmytroKuleba) February 24, 2022
Kira-kira sejam kemudian Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengisytiharkan keadaan perang untuk seluruh negara, manakala Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba berkata bahawa serangan telah pun dilancarkan ke beberapa bandar di Ukraine.
Rusia telah melakukan “pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine,” menurut ciapan Kuleba.
“Ini adalah perang pencerobohan. Ukraine akan mempertahankan negara mereka dan akan peroleh kemenangan. Dunia boleh dan mesti hentikan Putin.”
-AGENSI