Covid19Semasa

Vaksin Covaxin dapat kelulusan pendaftaran bersyarat bagi kegunaan bencana

SHAH ALAM : Produk vaksin Covid-19, Covaxin bagi kegunaan semasa bencana, telah mendapat kelulusan pendaftaran bersyarat menerusi mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-369 yang bersidang semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Covaxin merupakan vaksin yang diguna untuk imunisasi aktif bagi mencegah Covid-19 disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.

“Pemantauan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut masih diperlukan serta penilaian secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit-risk balance) bagi vaksin tersebut kekal positif,” katanya.

Menurutnya, pemegang pendaftaran bagi produk berkenaan adalah Averroes Pharmaceuticals Sdn. Bhd manakala pengilang Covaxin pula ialah Bharat Biotech International Limited, India.

Dalam pada itu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa memastikan penilaian dengan sewajarkan berdasarkan aspek kualiti, kesalamatan dan keberkesanan sebagai langkah untuk mempertingkatkan akses rakyat kepad vaksin bagi tujuan pencegahan penularan Covid-19 di Malaysia.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button