Covid19Semasa

1,529 hari ini, kes catat bawah 2,000 tiga hari berturut-turut

Kes hari ini terendah setakat tahun 2021

KUALA LUMPUR :  Kes Covid-19 mencatatkan jumlah di bawah 2,000 kes buat tiga hari berturut-turut.

Hari ini kes Covid-19 negara adalah sebanya 1,529 kes harian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, rekod hari ini juga menunjukkan kes harian terendah bagi tahun  2021 manakala jumlah kes aktif kurang daripada 20,000 kes.

“Diharapkan tren jumlah kes menurun ini akan berterusan,” – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 726 kes baharu, diikuti Sarawak (252 kes), Johor (120 kes) dan Negeri Sembilan (89 kes).

“Hanya Labuan tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan negeri lain yang mencatatkan pertambahan kes ialah Pulau Pinang dengan 76 kes baharu dan masing-masing 71 kes di Sabah dan Kuala Lumpur.

Kedah merekod sembilan kes baharu, Melaka (4), Kelantan (28), Pahang (3), Terengganu (13), Wilayah Persekutuan Putrajaya (1) dan Perlis sebanyak 17 kes.

Empat kluster baharu Covid-19 direkodkan, hari ini dengan tiga kluster berkaitan tempat kerja dan satu dalam komuniti.

Kluster berkenaan adalah Kluster Cyber 72 dan Jalan i-Park Tiga di Johor; Kluster Jalan Loke Yew di Kuala Lumpur serta Kluster Bukit Bayas di Terengganu (komuniti).

Lapan kematian dicatat iaitu dua kes masing-masing di Sabah, Pulau Pinang dan Johor, manakala Sarawak (1) serta Kuala Lumpur (1).

“Sebanyak 2,076 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif 294,034 kes, manakala 160 kes masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 79 orang memerlukan bantuan pernafasan.

 

 

Related Articles

Back to top button