Covid19Dunia

Temu bual `kerusi kosong’! Laporan polis dibuat terhadap Najwa

Polis serah kepada Majlis Akhbar Indonesia

INDONESIA : Tindakan Najwa Shihab yang lantang bertanyakan soalan kepada kerusi kosong yang sepatutnya diduduki Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto, mengenai situasi terkini Covid-19 dilaporkan kepada pihak polis Indonesia.

Terawan yang dijadualkan untuk menjadi tetamu dalam rancangan `Mata Najwa’ tidak hadir ketika rancangan ke udara.

Aksi Najwa berbicara dengan kerusi kosong itu kemudian tular di seluruh dunia lantas menyifatkan beliau seorang wartawan paling berani di Indonesia.

Namun tindakan rancangan temu bual daripada salah satu stesen televisyen swasta itu tidak disenangi penyokong Presiden Joko Widodo, malah menerima pelbagai kritikan.

Menurut Tribunecirebon.com Najwa dianggap telah memalukan Menteri Kesihatan, sekaligus memperkecilkan kewibawaan pemerintahan Presiden Widodo.

Najwa Shihab dianggap telah mempermalukan Menteri Kesehatan, Terawan, yang merupakan representasi dari pemerintahan Presiden Joko Widodo.

Atas perbuatan itu, Kumpulan Sukarelawan Presiden Joko Widodo, Relawan Jokowi Bersatu membuat laporan polis di Balai Polis Metro Jaya.

Entempco.com melaporkan Pengerusi kumpulan itu, Silvia Dewi Soembarto, dalam penjelasannya berkata temu bual dengan kerusi kosong itu berbentuk seperti `tindakan buli siber’.

Malah ia kemudian tular dan dimemekkan orang ramai yang tidak sepatutnya diperlakukan kepada barisan pimpinan terhormat negara, yang merujuk Terawan sebagai wakil mencerminkan pentadbiran Presiden Indonesia.

Rancangan itu yang ditonton oleh 269 juta rakyat Indonesia disifatkan Silvia tidak baik untuk tontonan oleh generai muda dan masyarakat.

Semalam selepas bertemu dengan pihak berkuasa Najwa melalui pesanan teksnya kepada Akhbar Tempo berkata, pihak polis telah menolak laporan terbabit.

Sebaliknya kata Najwa pihak polis menasihatkan pembuat laporan supaya membawa perkara itu ke Majlis Akhbar.

Najwa berkata laporan polis itu tidak berasas kerana beliau hanya menjalankan tugasnya pada ketika itu.

Bagaimana pun beliau sedia memberi keterangan kepada mana-mana agensi kerajaan sekiranya diperlukan berbuat demikian.

Sebagai pembelaan, Najwa berkata semua soalan yang dilontarkan kepada kerusi kosong atau Menteri Kesihatan itu adalah persoalan yang dikumpul daripada kebimbangan penduduk mengenai peningkatan wabak Covid-19 di Republik Indonesia.

Malah soalan itu berlandaskan fungsi media untuk mengetahui perkembangan terkini situasi Covid-19 mengikut undang-undang media, termasuk pertanyaan orang ramai yang diajukan kepada media tentang keberadaan Menteri Kesihatan itu.

Tambahnya wawancara kerusi kosong itu juga adalah pertama-tamanya dilakukan di Indonesia, namun tidak bagi negara yang mempunyai kebebasan media yang lebih lama.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button