Covid19Semasa

Covid-19: kes positif kembali 1 angka

Kluster baharu - kluster Telaga

PUTRAJAYA: Kes positif COVID-19 hari ini kembali mencatatkan satu angka dengan enam kes baharu yang merangkumi dua kes penularan dalam negara dan empat kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata empat kes itu membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan dua warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara.

Katanya, empat kes import itu membabitkan Kuala Lumpur dari jangkitan negara Pakistan Angola, India dan Bangladesh.

Dua kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warga Malaysia membabitkan satu kes di Kedah daripada Kluster Telaga dan satu kes lagi membabitkan kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Lahad Datu, Sabah.

“Sehingga kini terdapat lima kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala tiga kes memerlukan bantuan pernafasan”.

“Setakat ini, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya dalam kenyataan media hari ini

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan pertambahan satu kes baharu Kluster Telaga, di Kedah (kes ke-9391) adalah kontak rapat kepada kes indeks (kes ke-9284) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Pesakit didapati positif COVID-19 ketika melakukan saringan pada 3 September lalu.

Katanya, jumlah positif COVID-19 dalam kluster ini adalah sebanyak sembilan kes dan sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 3,458 orang disaring dalam kluster ini.

 

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 2,744 individu negatif dan 705 individu masih menunggu keputusan yang diadakan secara pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak.

“Setakat ini jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,391 kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 150 kes yang kesemua mereka diasingkan dan diberi rawatan,” -BERNAMA

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button