Ribut kencang landa Madagascar, Mozambique, Malawi, 46 nyawa terkorban
ANTANANARIVO : Sekurang-kurangnya 46 nyawa terkorban dalam kejadian ribut Tropika Ana di Madagascar, Mozambique dan Malawi sehingga menjejejaskan sistem janakuasa ekoran banjir.
Menurut pihak berkuasa di tiga negara itu, hujan lebat sehingga menyebabkan banjir dan tanah runtuh di ibu kota Anatananarivo berpunca daripada ribut yang terbentuk di pantai timur pulau terbesar di Afrika, Madagascar.
Sejumlah 39 orang maut manakala 65,000 kehilngan tempat tinggal sejak minggu lalu, menurut laporan terbaru daripada aagensi pengurusan bencana Madagascar semalam.
Sementara itu, Pengarah Unit Penyelamat di Agensi Pengurusan Bencana, John Razafimandimby memberitahu AFP, beberapa daerah di lokasi rendah di ibu negara kekal dalam keadaan berjaga-jaga dan pemindahan kecemasan sudah bermula semalam.
“Kami sedang dalam proses memindahkan orang dari kawasan banjir,” katanya.
Selepas menyeberangi Lautan Hindi, ribut itu melanda di tanah besar Afrika pada Isnin lalu dengan membawa hujan lebat dan angin kencang di daerah tengah dan utara Mozambique.
Pegawai Mozambique berkata, tiga orang terbunuh dengan sekurang-kurangnya 49 cedera di wilayah Zambezia.
Lebih setengah juta orang terjejas di Zambezia serta wilayah Nampula dan Sofala, menurut kerajaan Mozambique dan agensi PBB.
Institut Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan berkata, sebuah klinik dan 16 bilik darjah sekolah musnah semalam.
PBB meramalkan ribut itu akan menyebabkan banjir berleluasa, menyebabkan orang ramai terpaksa berpindah dan merosakkan infrastruktur.
– AGENSI