“Biarlah rosak harta jangan hilang nyawa anak-anak.”

HULU LANGAT : Siapa yang tidak sayu apabila melihat rumah yang tenggelam akibat banjir di Sungai Tekali dan mangsa banjir yang memohon bantuan.
Demi meringankan beban mangsa banjir penduduk di sana, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggerakkan misi bantuan dengan hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia.
MAPIM menyumbang 18 pek makanan, bantal, set dapur, dan tidak lupa juga set pakaian, set solat lelaki dan wanita kepada mangsa banjir.
Nordin Ahmad sebagai Pengerusi Sungai Tekali memberitahu kawasan tersebut mengalami banjir dua kali berturut-turut yang melibatkan 18 rumah, manakala di keseluruhan kawasan Hulu Langat melibatkan 300 buah rumah.
“Barang-barang yang kena air habis, rosak terpaksa buang atau bakar begitu sahaja. Kalau jadi banjir ni saya dan keluarga mampu berserah sahaja. Biarlah rosak harta jangan hilang nyawa anak-anak.”
Nordin juga berkata sudah kebiasaan penduduk pedalaman hilir menjadi mangsa banjir.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038