PUTRAJAYA : Kes jangkitan Covid-19 terus meningkat dengan mencatatkan sejumlah 6,380 kes berbanding semalam dengan angka positif sebanyak 6,288 kes, berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan Twitter berkata perkembangan jumlah harian ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat sebanyak 2,569,533 kes.
Pada 18 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,380 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,569,533 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/IajBOQ20X0
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 18, 2021
Oleh Nurshazlin Shahrom