DuniaSemasa

Wanita Palestin meninggal dunia akibat kesejukan dan kebuluran di sempadan Poland-Belarus

WARSAW : Seorang wanita Palestin-Syria meninggal dunia akibat kesejukan dan kebuluran di sempadan Poland-Belarus.

Raja’a Hasan Hasan, 43, dari kem pelarian Al Neirab di Aleppo, cuba pergi ke Eropah untuk membantu suaminya yang sakit dan empat anaknya, di mana dua daripadanya dikehendaki perkhidmatan tentera oleh rejim Assad.

Kumpulan Penyelamat Disatukan melaporkan rakaman yang mengandungi kata-kata terakhir yang diungkapkan oleh oleh Raja’a,

“Kami baik. Doakan kami”, kata Raja’a. Selepas itu, dia berkata bahawa adalah mustahil untuk meneruskan perjalanan ke Eropah dan dia memutuskan untuk kembali ke Syria. Rakaman itu ditakdirkan untuk dihantar kepada keluarganya.

Menurut kumpulan itu, Raja’a dan sekumpulan pelarian memutuskan untuk kembali ke Minsk tetapi mereka telah ditangkap di stesen kereta api di Grodno lalu dihantar ke Slonim.

Pada masa itu, Raja’a jatuh sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam cuaca sejuk di dalam hutan tanpa air atau makanan.

Kumpulan itu memetik ahli kumpulan yang mengiringi Raja’a yang memaklumkan bahawa mereka tinggal selama empat hari di kem, di mana keadaannya menjadi lebih teruk.

Dia telah meninggal dunia ketika berada dalam hospital.

Sebelum perang di Syria, kem Neirab adalah tempat tinggal kepada lebih 20,000 pelarian Palestin.

Ia disasarkan beberapa kali oleh tentera Assad, tentera Iran, dan tentera pembangkang, mendorong ratusan daripada mereka untuk melarikan diri dan cuba mencari perlindungan di bandar Syria lain dan di luar Syria.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button