Semasa

Bekalan air tiada selama tiga hari di Selangor

KLANG :   Beberapa kawasan di Selangor menghadapi krisis air bermula hari  ini  sehingga 16 Oktober.

Proses  penambahbaikan  dan penyenggaraan aset kritikal  yang dilaksanakan oleh Pengurusan Air Selangor (Air  Selangor)  diharap tidak berlarutan dan menjejaskan penduduk yang  terlibat.

Menurut sumber Berita Harian, Pengarah Urusan Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abd Karim, berkata sepanjang tempoh  gangguan  bekalan air, mereka menyimpan air secukupnya  untuk operasi restoran.

Pihaknya juga berkata cawan plastik dan pinggan plastik akan digunakan bagi mengurangkan penggunaan air semasa proses pencucian pinggan dan cawan.

Sumber : utusantv.com

Gangguan bekalan air bukan sahaja menjejaskan pengusaha kedai makan malahan orang awam.

Menurut Berita Harian, pili paip awam sudah dipasang berdekatan Sekolah Kebangsaan Shah Alam, Seksyen 16 serta Hospital Tengku  Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk kegunaan penduduk sekitar.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button