PUTRAJAYA: Kes jangkitan baharu Covid-19 setakat hari ini menunjukkan penurunan sehingga mencatatkan sejumlah 6,709 kes positif.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes terbaharu ini menjadikan kumulatif individu positif mencecah 2,346,303 kes.
Setakat semalam, berdasarkan laporan COVIDNOW sebanyak 64 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan dengan 14 kes adalah kematian di luar hospital (BID), menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu setakat ini adalah 27,329 kes.
Oleh Nurshazlin Shahrom