Lockdown lebih ketat dilaksanakan di Manila akibat penularan varian delta
varian yang lebih ganas
MANILA : Lockdown lebih ketat dilaksanakan di ibu kota Filipina, Manila, ketika Covid-19 varian Delta semakin mengganas.
Lockdown tersebut juga dilaksanakan di kota-kota satelit di sekitar Manila sehingga 20 Ogos.
Lockdown kali ini merupakan yang ketiga dilaksanakan di Manila sejak pandemik Covid-19 melanda.
Pelaksanaan peraturan yang ketat tersebut akan menyebabkan para pekerja yang sudah putus asa akibat hilangnya mata pencarian mereka semakin menderita.
Lockdown tersebut melarang orang ramai bagi meninggalkan rumah mereka dan menghalang perjalanan rentas daerah bagi sebahagian besar populasi.
Pejabat kesihatan Filipina telah memperingatkan bahawa cabaran pandemik masih panjang. Ini kerana, varian Delta telah menyebar di 13 daripada 17 wilayah.
Hingga saat ini, 10.45 peratus daripada 109 juta penduduk Filipina telah divaksinasi.
Pada Isnin (9/8/2021), Filipina melaporkan 8,900 kes Covid-19 baru dalam masa 24 jam terakhir.
Sehingga, jumlah keseluruhan kes virus corona di negara tersebut adalah 78,480 kes.
Pada minggu lepas, Filipina melaporkan 287 kematian akibat Covid-19. Jumlah ini merupakan peningkatan harian tertinggi dalam empat bulan terakhir.
Dalam sebuah kenyataan rasmi, Kementerian Kesihatan Filpina melaporkan majoriti kes Covid-19 terjadi kepada kelompok usia 30 hingga 39 tahun.