Semasa

Presiden Jokowi tidak balik kampung beraya tahun ini

Mengikut peraturan yang sudah ditetapkan

Jakarta : Pihak Istana Kepresidenan memaklumkan dengan tegas bahawa Presiden Indonesia, Joko Widodo tidak akan pulang ke kampungnya beraya pada tahun ini.

Kerajaan Indonesia sudah menetapkan antara 6 hingga 17 Mei adalah tarikh yang dilarang untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari raya.

Ekoran dengan peraturan itu, pihak kepolisian Indonesia akan mengetatkan lagi sekatan jalan raya di semua pintu masuk utama ke bandar-bandar utama di Indonesia.

Ini semua bagi memastikan penyebaran covid-19 dapat disekat. Sehingga setakat ini sejumlah 1.7 juta rakyat Indonesia dijangkiti penyakit Covid dengan 47,012 kematian.

Pulang menyambut hari raya Aidilfitri atau disebut sebagai ‘mudik’ di Indonesia adalah tradisi yang ditunggu saban tahun. Ia menjadi sebahagian daripada kemeriahan Aidilfitri. Mudik bukan sekadar pulang tetapi juga membawa balik hadiah untuk keluarga di kampung.

Sumber : Kompas
Gambar : Tribunnews

 

Related Articles

Back to top button