DomestikSemasa

“Pertama kali rumah kami kena banjir teruk macam ni….” Luahan mangsa banjir Yan Kedah

Lumpur menyelimuti luar dan di dalam rumah

YAN : “Sepanjang 40 lebih tahun hidup di sini, inilah kali pertama kawasan rumah kami dilanda banjir teruk macam ni.”

Demikian luahan seorang penduduk di Kampung Kampung Keramat yang terletak di Yan, Kedah yang baru dilanda banjir yang memusnahkan harta benda dan rumah penduduk di situ.

Zaiton Hussein, yang berusia 68 berkata dia trauma melihat sendiri di hadapan matanya, air banjir keruh yang mengalir sangat deras dan rumahnya ditenggelami lumpur dan banyak barangan yang rosak.

Paras air ketika tragedi banjir berlaku mencapai hampir tahap pinggang, lantai jadi becak dan bekalan elektrik terputus memaksa beliau untuk menumpang di rumah saudaranya.

Kehadiran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyantuni masyarakat di situ berjaya mengubat luka yang dihadapi olehnya.

 

MAPIM yang turun ke lokasi kejadian dan melawat dari rumah ke rumah untuk menyantuni mereka, turut mengerahkan tenaga membersihkan kawasan luar dan di dalam rumah mangsa yang dipenuhi lumpur juga sampah-sampah yang dibawa banjir.

Zaiton meluahkan rasa syukur kerana pada saat ditimpa bencana, ada yang sudi datang meringankan beban. Beliau sendiri sudah mati akal melihat keadaan rumahnya.

“Saya rasa berterima kasih sangat-sangat kepada MAPIM, sudi untuk bantu kami, kami tak cukup kudrat untuk membersihkan semua ini,” katanya ketika ditemubual UmmahToday.

Walaupun sudah lebih 40 tahun menetap di situ, dan sudah banyak kali hujan ribut berlaku, kali ini adalah merupakan kali pertama keadaan perumahannya teruk dibadai banjir.

MAPIM menjalankan kerja-kerja khidmat bantuan pasca banjir di Yan, Kedah dengan menyasarkan 50 buah rumah bermula hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al-Kaheru, misi Bantuan Bencana MAPIM Malaysia  (Yan Kedah) kali ini dilaksanakan dengan kerjasama MAPIM Rangers dan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) MAPIM Malaysia.

“Bila terdengar sahaja berita mengenai banjir yang menyebabkan kemusnahan yang teruk, kami rasa terpanggil untuk bergerak pantas mengerahkan tenaga kerja kami menghantar bantuan ke sana,” katanya.

Oleh Hafeez Anuar

_________________________

Sumbangan infaq TABUNG KILAT MAPIM MALAYSIA boleh disalurkan menerusi :

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button