Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
DUBAI : Arab Saudi memutuskan larangan perjalanan selama tiga tahun kepada warganegara yang melakukan perjalanan ke mana-mana negara ‘zon merah’ bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Merujuk laporan Reuters, usaha ini membendung penyebaran Covid-19 dan varian jenis baharu yang semakin membimbangkan di seluruh negara.
“Larangan perjalanan merangkumi beberapa negara seperti Afghanistan, Argentina dan Brazil.
“Sesiapa yang terbukti terlibat akan dikenakan pertanggungjawaban undang-undang dan hukuman berat setelah mereka kembali, dan akan dilarang melakukan perjalanan selama tiga tahun,” ulas jurucakap Saudi.
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Arab Saudi melaporkan sebanyak 1,252 kes positif Covid-19 di daerah itu, menjadikan jumlah keseluruhan 519,395.
-REUTERS
Diterjemah oleh Nurshazlin Shahrom