PalestinSemasa

Ini yang diucap peserta Perarakan Kejahatan Yahudi!

Hina Rasulullah SAW, Islam, Arab dan Palestin

BAITUL MAQDIS : [VIDEO] Walau pun tiada berlaku pertempuran selepas Perarakan Flag of March, pada Selasa lalu. Suasana perhimpunan cukup tegang. Pendatang Yahudi, terutama kanak-kanak dan golongan belianya, menghambur kata-kata penuh nista dan kebencian kepada masyarakat Palestin yang berani berada dalam kelompok mereka, berjuang melawan kata kata cacian bangsa dilaknat Allah itu.

Tidak malu merampas negara orang, kata nista sehinggakan tergamak mereka  menghina baginda Rasulullah SAW juga dihamburkan oleh puak kanan Yahudi berkenaan.  Cacian dan celaan dilakukan dengan penuh perasaan dan mengimpikan permusuhan.

UMMAHToday berkongsi sekitar terjemahan kata-kata biadap dan provokasi kepada pemilik asal bumi Palestin.

Ungkapan hinaan kepada bangsa Arab, mencerminkan kebencian mereka terhadap Baginda Rasulullah SAW. Melampau cercaan saja dihamburkan puak Yahudi ini, melampau. Pergi mati bangsa Arab, dan tunggu Nakba ke-2 kata mereka. Malah mereka menghina agama Islam. Semua provokasi ini bagaimanapun ketika mahu dilawan dinafikan polis Israel yang mengawal ketat perarakan.

Tidak saja dengan itu keangkuhan mereka terserlah dengan menyimpan dendam bahawa Palestin akan mati dan tidak akan bertapak di bumi Palestin dan katanya Palestin negara mereka.

Sekiranya diperinci golongan kanak-kanak dibawa bersama dalam penghinaan itu, dan semangat kebencian ditanam sejak mereka kecil lagi.

Setelah melihat video dihasilkan @activestills  ini pastinya, pembaca menilaikan sendiri apakah yang patut menjadi penyelesaian. Satu sahaja – negara Palestin yang berdaulat! #FreePalestine

******Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button