Semasa

Sultan Selangor zahir penghargaan khas kepada petugas barisan hadapan

SHAH ALAM : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan penghargaan khas kepada petugas-petugas barisan hadapan dan sukarelawan di hospital-hospital dan pusat-pusat pemberian vaksin Covid-19 (PPV) di seluruh Negeri Selangor yang bertungkus-lumus bertugas pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Baginda bertitah kadar vaksinisai rakyat Selangor memperoleh satu dos suntikan telah menunjukkan peningkatan.

“Sehingga 21 Julai 2021, kadar vaksinasi rakyat Selangor yang memperoleh 1 dos suntikan telah mencecah 46.9 peratus atau 2.95 juta dos.

“Manakala, 15.27 peratus rakyat Selangor telah pun melengkapkan dos vaksinasi masing-masing,” katanya.

Tegas Baginda, kadar vaksinasi Covid-19 di Selangor perlu diperluas bagi mengurangkan kadar kematian yang mencecah 84 kematian sehari (pada 21 Julai 2021).

Dalam pada itu, Baginda berbangga dengan kegigihan pihak terlibat dalam usaha mempercepat suntikan vaksinasi kepada rakyat negeri ini dan mendoakan agar pengorbanan mereka mendapat ganjaran setimpal.

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button