Pulau Redang : Petugas MAPIM Malaysia sampai ke rumah Puan Azarina Mustafa kira-kira pukul satu petang. Rumah kayu yang bertiang rendah dan tidak dicat. Ketika itu matahari terik membakar kulit. Menurut penduduk, memang begitulah keadaan di pulau, cuacanya sentiasa panas.
Apabila melihat petugas MAPIM beliau segera mengenakan ‘mask’ demi menjaga SOP. Namun dari balik mask itu tetap boleh diagak yang beliau sedang tersenyum baik kepada petugas.
Umur Puan Azarina baru 38 tahun, dan dia mempunyai empat orang anak. Dua orang masih bersekolah dan dua orang lagi lepasan SPM yang masih tidak menentu hala tuju mereka akibat pandemik covid-19 yang melanda.
Dahulu Puan Azarina bekerja di sebuah kedai makan tetapi kerana pandemik, kedai makan yang mengharapkan kehadiran pelancong terpaksa ditutup dan beliau turut kehilangan pendapatan.
Suaminya pula tidak ada pekerjaan tetap. Beliau hanya mengharapkan ‘upah hari’. Sekiranya ada yang memberinya kerja untuk hari itu adalah upah untuk hari itu, sekiranya tidak ada maknanya tidak adalah pendapatan mereka sekeluarga.
Apabila ditanya apa yang keluarga mereka makan pada hari ini, Puan Azarina menjawab, “Hari ni tak makan lagi.”
Jawapan itu agak mengejutkan memandangkan hari sudah melepasi tengah hari. Bertambah sayu apabila ditanya apa makanan biasa untuk hari lain, dia berkata, “Makan nasi sahaja.”
“Nasi sahaja?”
“Ya, nasi. Kalau ada orang beri ikan, lauk, barulah kami dapat makan lauk.”
Puan Azarina mengakui beliau amat sedih dengan keadaan keluarga mereka sekarang, namun katanya itu semua adalah ujian Tuhan.
Pesannya, “Kena banyak berdoa, kena kuat semangat sebab kita tidak tahu bila ujian ini akan berakhir. Kena kuat.”
Puan Azarina Mustafa adalah antara penerima bantuan Misi Panggilan Pulau yang digerakkan oleh MAPIM Malaysia dengan kerjasama APM dan kerajaan Negeri Terengganu. Semua bantuan ini adalah hasil daripada infaq orang ramai.
Mengulas lanjut tentang misi ini, Dr. Sani Araby Al Kahery yang juga merupaka Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia berkata,
“Setiap orang ada kisah mereka masing-masing. Dengan kita mengetahui apa kisah mereka, kita boleh merenung diri kita sendiri. Itulah juga antara maksud kedatangan MAPIM di sini. Selain bagi menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban, juga mahu membuka mata masyarakat di luar sana bahawa masih ramai rakyat yang jauh lebih susah hidup mereka. Semoga dengan itu, kita semua dapat lebih kuat dalam mendepani zaman pandemik ini.”
MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038