PalestinSemasa

Ribuan orang menghadiri pengebumian anak perempuan Ahli Parlimen Palestin yang dipenjara

Ibunya tidak dapat memberi penghormatan terakhir

RAMALLAH : Ribuan penduduk Palestin berarak ke bandar Ramallah di Tebing Barat berkumpul pada Selasa lepas bagi mengebumikan aktivis Suha Jarrar, 31 ketika Israel menolak untuk membebaskan ibunya yang merupakan anggota parlimen Khalida Jarrar dari penjara untuk pengebumian.

Jarrar, 58, telah ditangkap dan dipenjara berkali-kali dan sering ditahan tanpa tuduhan dalam apa yang disebut oleh Israel sebagai tahanan pentadbiran.

“Aktivis, ahli politik, feminis, dan orang dari semua lapisan masyarakat berkumpul hari ini untuk menunjukkan solidariti kepada keluarga Jarrar,” kata Nida Ibrahim dari Al Jazeera, Ramallah.

Khalida Jarrar telah ditahan di penjara polis selama dua tahun. Israel telah menolak banyak permintaan bagi membebaskan Jarrar untuk memberi penghormatan terakhir kepada anak perempuanya, atau membenarkan jenazah ke penjara supaya Khalida dapat melihatnya.

Suha Jarrar ditemui mati di rumah Ramallah pada hari Ahad, menurut kumpulan Al-Haq tempat dia bekerja.

Pengarah Al-Haq Shawan Jabarin memberitahu agensi berita AFP punca kematian tidak diketahui dan keluarga itu menunggu keputusan bedah siasat.

Human Rights Watch yang berpusat di New York mengatakan penangkapan berulang keatas Suha Jarrar, adalah sebahagian daripada tindakan keras Israel terhadap penentangan politik tanpa kekerasan pada pendudukan tentera di tanah Palestin selama setengah abad.

Suha Jarrar ,58, dijatuhkan hukuman dua tahun penjara pada bulan Mac 2021 kerana  menjadi ahli Front Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP), yang mana Israel dan Amerika Syarikat melabelnya sebagai organisasi “pengganas”.

Ahli politik Palestin itu terpilih menjadi Majlis Perundangan Palestin, atau parlimen, sebagai sebahagian daripada PFLP.- Al Jazeera

Diterjemah oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button