Semasa

Selamat dikebumi – jasa dikenang sepanjang zaman

Tiada galang ganti

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara,  pada jam 10 malam pada 10 malam semalam.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada 8.50 malam untuk disembahyangkan selepas solat Isyak dan tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 9.30 malam.

Jenazah diiringi isteri, Rahaiah Baheran serta anak perempuan Allahyarham yang juga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar.

Ahli keluarga menyelesaikan pengebumian Allahyarham pic: AstroAwani
Jenazah Allahyarham selesai disolatkan di masjid At-Taqwa pic:HarianMetro

Kalangan ahli keluarga,rakan dan kenalan hadir bagi memberi penghormatan terakhir dalam upacara pengebumian itu.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli hadir ke masjid untuk memberi penghormatan terakhir.

Allahyarham yang berusia 98 tahun disahkan meninggal dunia kerana sakit tua kira-kira jam 4 petang Selasa (15 Dis)

– Muhammad Arshad Bin Azmi (Pelatih Fakulti Animasi UITM)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button